Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan's BND$5,000 Islamic Feature Writing Contest (Brunei)

06 June 2012
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan's BND$5,000 Islamic Feature Writing Contest (Brunei)
Deadline: 30 June 2012

Peraduan menulis Rencana Pendidikan Islam ini merupakan salah satu peraduan yang julung-julung kali diadakan bersempena majlis Konvokesyen Kedua Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan bagi tahun 1433H/2012M. Kualiti sesebuah Pengajian Tinggi selain diukur dari segi kualiti pengajaran dan penyelidikan, ia juga diukur dari segi penerbitan ahli akademiknya. Untuk menyemarak dan menjana budaya penulisan di kalangan mahasiswa-mahasiswi dan masyarakat Brunei Darussalam, Pusat Penerbitan KUPU SB mengadakan peraduan menulis rencana ilmiah yang mengetengahkan mengenai isu-isu pendidikan Islam.

OBJEKTIF
  • Mengembangkan bakat-bakat penulis dalam bidang penulisan rencana berunsurkan pendidikan islam dan hasilnya akan dapat diketengahkan kepada masyarakat pembaca.
  • Menyemarakkan Majlis Konvokesyen Kedua 1433H/2012M.
  • Memberigakan peranan Pusat penerbitan KUPU SB dalam menyalurkan maklumat kepada para ilmuan dan khalayak umum melalui penerbitannya.
  • Memperbanyakkan koleksi penulisan untuk dijadikan bahan terbitan yang berunsur pendidikan Islam.

SASARAN

Peraduan ini terbuka kepada dua (2) Kategori, iaitu:

KATEGORI 1

Terbuka kepada mahasiswa/i institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam

KATEGORI 2

Terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam.
Peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

ASPEK PENULISAN

Skop penulisan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan, iaitu:

Tema: "Pendidikan Islam: Ke arah Kecemerlangan Ummah"

HADIAH

Setiap kategori akan menerima:
  • Hadiah Pertama: BND $1000.00 & Sijil Penyertaan
  • Hadiah Kedua: BND $800.00 & Sijil Penyertaan
  • Hadiah Ketiga: BND $500.00 & Sijil Penyertaan
  • Dua Hadiah Saguhati: BND $250.00 & Sijil Penyertaan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat-syarat peraduan dan mendapatkan borang peraduan, sila klik link dibawah ini untuk di muat turun:

Download: contest rules/ form

CONTACT INFORMATION:

For queries/ submissions: rencana2012@yahoo.com

Website: http://www.kupu-sb.edu.bn
Related Opportunities:
Ranked: 500 highest-paying publications for freelance writers
The Hot 500 Report (2013 Edition, 144 pages) profiles the highest-paying markets, ranked to help you decide which publication to query first. The info and links in this report are current. Details here.